Pengenalan

Penubuhan Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) ditunggu-tunggu oleh banyak pihak termasuk ibubapa dan pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu.  Penubuhan kolej seumpama ini akan membuka peluang seluas-luasnya kepada anak-anak kita bagi menimba ilmu bertunjangkan al-Quran dan al-Hadis. Penubuhan KUIZM akan membuktikan kemampuan PAS untuk mengendalikan kolej pengajian yang bertaraf universiti.

Sebagai salah satu kekuatan PAS dalam bidang pengajian Islam dan sebagaimana umum mengetahui kekuatan jamaah PAS dalam bidang pengajian Islam, sudah tiba masanya untuk menjelmakan kemampuan ini dengan penubuhan KUIZM. Penubuhan KUIZM akan melahirkan para graduan yang berilmu, beriman dan bertakwa yang boleh diketengah sebagai pemimpin Islam akan datang.

KUIZM merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang diurus oleh Majlis Pendidikan PAS Peringkat Kebangsaan (MPPPK) di bawah tanggungjawab Lembaga Khas Penubuhan Institut Pengajian Tinggi Swasta (LKPIPTS) bersama kesepaduan tenaga akademik terdiri daripada bekas-bekas pensyarah IPTA yang berpengalaman luas dalam bidang yang berkaitan.

%d bloggers like this: