Kursus Persijilan Asas Pengajian Islam (KPAPI)

Pengenalan Program

Falsafah Pendidikan KUIZM adalah menjadi institusi pengajian tinggi yang menyediakan medium Pembelajaran Sepanjang Hayat berperanan mendidik insan seterusnya membina generasi Rabbani cemerlang di dunia dan akhirat, berpaksikan Al-Quran dan Al- Hadis.
 
Pusat Pengajian Umum dipertanggungjawabkan melunaskan hasrat ini demi memberi peluang kepada masyarakat umum tidak mengira umur serta latar belakang untuk menambah pengetahuan berkaitan ilmu agama agar menjadi muslim dan mukmin yang beramal dengan ilmu.
 
Maka, lahirlah Kursus Persijilan Asas Pengajian Islam bagi memenuhi tuntutan memberi kefahaman Islam kepada masyrakat umum yang telah dijalankan di KUIZM sejak tahun 2012 lagi. Penganugerahan sijil dibuat secara rasmi pada majlis konvokesyen KUIZM bersama-sama graduan diploma yang lain.

Kelebihan Program

Terbuka kepada masyarakat umum tanpa mengira latar belakang dan umur.

Setiap subjek diajar oleh tenaga pengajar yang ahli dalam bidang mereka

Kelas diadakan pada hari Sabtu sahaja

Menambah ilmu asas Islam dan fardhu ain

Mengajar ilmu Islam bukan sahaja secara teori akan tetapi aplikasi dalam perkembangan dunia masa kini

Ilmu yang diajar mampu menjadi benteng dalam mendepani dunia yang sangat mencabar dan panduan dalam menghadapi isu-isu semasa yang pelbagai

Matlamat KPAPI

  • Melaksanakan sistem Pendidikan Islam berteraskan Al-Quran secara sistematik di samping memberi peluang kepada masyarakat melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu Islam.

  • Menggalakkan pembudayaan ilmu dalam kalangan masyarakat dengan mempelajari ilmu-ilmu Islam.

  • Membina kompetensi masayarakat dalam mendalami pengajian ilmu Al-Quran, Bahasa Arab dan ilmu-ilmu fardhu ain menggunakan kitab-kitab ulamak muktabar dahulu dan kontemporari.

  • Menjadikan KUIZM sebagai pusat pengajian tebuka dan berterusan kepada segenap lapisan masyarakat.

Subjek yang Ditawarkan

  • Modul 1
  • Al-Quran dan Tafsir
  • Bahasa Arab
  • Hadis
  • Tauhid
  • Modul 2
  • Feqah
  • Tasawuf
  • Dakwah
  • Siyasah Islam

Tempoh Pengajian

5 bulan/Modul (64 jam kuliah)

%d bloggers like this: