Diploma Dakwah & Komunikasi

Pengenalan Program

Diploma Dakwah dan Komunikasi ditawarkan sejak tahun 2010. Program ini menggabungkan ilmu-ilmu asas dakwah, ilmu-ilmu komunikasi dan ilmu-ilmu kaunseling dan ilmu-ilmu asas pengurusan Islam dengan hasrat melahirkan pendakwah yang menguasai ilmu-ilmu asas Islam, dapat menjadi pendakwah yang bijaksana dalam berkomunikasi dan dalam masa yang sama mampu mengurus dengan baik.

Kelebihan Program

Diploma ini merupakan tawaran pengajian yang menggabungkan 2 aspek penting dalam dunia dakwah Islamiyyah iaitu komponen dakwah dan komponen komunikasi.

Diploma ini merupakan penekanan pembelajaran berkaitan dunia dan akhirat secara seimbang.

Diploma ini mengajarkan beberapa ilmu seperti komunikasi lisan dan bukan lisan, pengucapan awam, pembandingan agama, aliran pemikiran dan sebagainya.

Merupakan diploma yang paling aktif dan mempunyai permohonan yang ramai setiap semester.

Para pensyarah bagi diploma ini merupakan pendakwah yang aktif turun ke lapangan masyarakat dalam menyebarkan ilmu Islam.

Bahasa perantara bagi diploma ini adalah Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.

Prospek Kerjaya

  • Pegawai Dakwah

  • Pembantu Hal Ehwal Islam

  • Guru Diniah

  • Imam

  • Penggerak Dakwah Masyarakat Orang Asal

  • Pembantu Tadbir

  • Pelatih di Pejabat Konsultansi

  • Pembantu Penelidik

  • Penceramah

  • Perhubungan Awam

%d bloggers like this: